kepada semua peserta program homestay ke Jepun dan United Kingdom;
Seperti yang anda sedia maklum, dunia pada hari ini mengalami krisis wabak selsema babi yang bermula di Maxico dan merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Pihak kami sentiasa memantau perkembangan ini pada setiap hari dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Wisma Putra. Sehubungan dengan itu, pihak kami hanya akan menguna pakai apa-apa arahan rasmi dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian Luar berkaitan status program antarabangsa kelab ini. Peserta dan ibu bapa di nasihatkan selalu merujuk website ini untuk mendapatkan maklumat status terkini program homestay ke dua negara terlibat. Setakat hari ini, program yang di rancang TIADA PERUBAHAN dan berjalan mengikut jadual. kerjasama dari pihak anda saya ucapkan ribuan terima kasih.
sekian.

